// you're reading...

Pedagogy

Kaedah Mengajar Membaca Bahasa Melayu

Kaedah Mengajar Membaca Bahasa Melayu di Peringkat Awal

 

Terdapat beberapa kaedah untuk mengajar membaca Bahasa Melayu. Antara kaedah yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

1.     Kaedah Abjad

2.     Kaedah Fonik

3.     Kaedah Pandang dan Sebut (Kaedah Seluruh Perkataan)

4.     Kaedah Bunyi- Kata

5.     Kaedah Cerakin

 

1. Kaedah Abjad

Kaedah Abjad adalah kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan rumi.Murid-murid terlebih dahulu diajar menghafal nama-nama huruf mengikut susunannya menggunakan bahan-bahan visual dan audio seperti kad carta, kad huruf, CD, melalui permainan dan sebagainya. Huruf-huruf yang mula diperkenalkan adalah huruf-huruf besar dan diikuti dengan huruf-huruf kecil. Setelah itu murid-murid diajar menyebut huruf-huruf vokal a,e,i,o,u dan disusuli dengan membina suku-suku kata (contoh : “sa_ tu”). Kemudian murid-murid belajar mengeja perkataan-perkataan. Akhir sekali mereka dilatih membaca ayat-ayat mudah.

Kaedah abjad yang menegaskan kepada hafalan-hafalan dikatakan kurang bermakna dan membosankan bagi kanak-kanak. Dengan itu guru perlulah lebih kreatif dalam pengajaran serta menyediakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid supaya murid tidak cepat bosan atau mudah lupa. Berdasarkan pengalaman saya sebagai guru pemulihan,tidak semua murid yang masuk ke Tahun 1 pernah mendapat pendidikan awal di tadika mahupun pra-sekolah.Maka tidak hairanlah jika mereka masih belum mengenal huruf.Walau bagaimanapun masih terdapat murid-murid yang sudah mendapat pendididkan awal tetapi belum mengenal semua abjad disebabkan masalah pembelajaran.

 

 

 

Berikut adalah beberapa permainan untuk membantu murid belajar abjad:

 

Permainan Abjad

1.Sup Abjad

Masukkan abjad yang diperbuat dari plastik, kad atau getah ke dalam mangkuk plastik. Guru tunjukkan kad imbasan abjad. Setiap murid mengambil/mencari huruf dalam mangkuk dan  memadankan huruf tersebut dengan kad imbasan.

2.Lagu ABC

Murid berdiri dalam barisan. Setiap murid diberi sekeping kad imbasan abjad. Lagu ABC dimainkan. Murid menunjuk/mengangkat kad imbasan apabila huruf tertentu disebut/dinyanyi dalam lagu itu.

3.Belon Abjad

Murid berdiri dalam bulatan. Murid pertama memegang belon akan  menyebut huruf ‘A’ dua kali. Dia akan menyerahkan belon kepada rakan disebelahnya dan rakannya pula menyebut ‘B’ dan seterusnya sehingga ‘Z’.

4.Cari Abjad

Guru letak kad imbasan abjad di papan tulis secara rawak. Bahagikan murid kepada kumpulan. Guru menyebut huruf dan murid menunjuk huruf itu.Kumpulan yang dapat menjawab dengan betul akan mendapat mata.Permainan ini boleh menggunakan huruf besar  atau huruf kecil sahaja. Jika mahu, boleh juga dicampur aduk huruf besar dengan huruf kecil. Contoh arahan: ‘Carikan huruf kecil ‘a’ atau ‘Carikan huruf besar ‘J’.

 

 

 

 

2.Kaedah Fonik

 

Mengajar murid membunyikan setiap huruf

Pada pendapat saya kedua-dua kaedah ini memberi manfaat kepada P&P. Dalam kaedah fonik, sememangnya murid perlu mengenal huruf. Setakat mengenal sahaja tidak memadai, murid juga perlu tahu bunyi setiap huruf untuk membantu mereka membaca dengan lebih cepat.

 

 

3.Kaedah Pandang Sebut (Kaedah Seluruh Perkataan)

 

–      Perkataan ditulis di papan tulis bersama gambar. Contoh ‘bola’

–       Murid menyebut perkataan tersebut sambil melihat gambar bola

–        Kaedah seluruh perkataan dikatakan sesuai untuk mengajar bahasa Mandarin

 

 

4.Kaedah Bunyi- Kata

 

-Mulakan dengan membunyikan huruf vocal. Contoh: a…i…u…

 

-Pilih konsonan mudah. Contoh: b,n,k

 

-Bunyikan huruf ‘b’ /bah/ beberapa kali

 

-Bina suku kata ‘ba’, ‘bi’, ‘bu’

 

-Baca perkataan yang mengandungi suku kata ‘ba’, ‘bi’ dan ‘bu’

Contoh: ‘baju’, ‘ubi’ dan ‘ibu’

 

-Dalam kaedah ini murid tidak perlu tahu semua huruf dalam abjad sebelum diajar membaca

 

-Kaedah  ini  sistematik dan fonemik kerana berasaskan satu huruf satu bunyi

 

 

 

5.Kaedah Cerakin

 

-setaip perkataan dicerakinkan

-perkataan diajar dahulu

 

– kemudian dicerakinkan/dipecahkan mengikut suku kata dan huruf

 

 

Contoh:  perkataan                            baju

suku kata                            ba    ju

 

huruf                                   b      a      j      u

 

 

Discussion

No comments yet.

Post a comment

*

Calendar

December 2010
M T W T F S S
« Nov   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031